Isnin, 15 Jun 2015 | 12:02am
NADIAH Suboh. - Foto Aziah Azmee
NADIAH Suboh. - Foto Aziah Azmee
NADIAH Suboh menunjukkan STAR KIT Augmented Reality Story Telling Kit. - Foto Kamarulzaman Ariffin
NADIAH Suboh menunjukkan STAR KIT Augmented Reality Story Telling Kit. - Foto Kamarulzaman Ariffin
DR Normahdiah Sheik Said (dua dari kiri) bersama kanak kanak, Mohd Adly Ilman Mohd Zaim, Muhammad Nur Ikhwan Mohd Khairulnizam (kiri) dan Mohd Adly Ilman Mohd Zaim di Edu Park, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aziah Azmee

Aplikasi bercerita tingkat pemikiran kreatif

NADIAH Suboh (kiri) dan Dr Normahdiah Sheik Said bersama pingat yang telah dimenangi atas ciptaan STAR KIT. - Foto Aziah Azmee
NADIAH Suboh (kiri) dan Dr Normahdiah Sheik Said bersama pingat yang telah dimenangi atas ciptaan STAR KIT. - Foto Aziah Azmee

SERDANG: Amalan bercerita yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Melayu kini semakin ditinggalkan berikutan kepesatan perkembangan teknologi siber yang mengambil alih peranan itu.

Ditambah dengan situasi ibu bapa yang sibuk mencari rezeki, amalan itu terus pupus apabila kanak-kanak kini lebih cenderung melayari Internet, termasuk leka dengan dengan mainan dan gajet berteknologi tinggi yang dilihat banyak membentuk nilai negatif dalam institusi kekeluargaan.

Bimbang terhadap perkembangan itu, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) membina aplikasi pendidikan interaktif dikenali sebagai STAR KIT Augmented Reality Story Telling Kit, menggunakan teknologi Argumented Reality.

DR Normahdiah Sheik Said . - Foto Aziah Azmee
DR Normahdiah Sheik Said . - Foto Aziah Azmee

Diketuai Prof Madya Dr Normahdiah Sheik Said, aplikasi itu adalah satu bahan pembelajaran interaktif yang sesuai digunakan ibu bapa atau guru untuk mengajak kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga 12 tahun bercerita sekali gus mampu memantapkan hubungan dan kualiti masa antara kedua-dua pihak.

"Aplikasi ini dilengkapi STAR Kit Books yang mengandungi koleksi cerita kanak-kanak dengan paparan reka letak yang berwarna-warni selain sarat dengan amalan nilai murni.

"Penggunaan aplikasi ini mampu melahirkan kanak-kanak yang berfikiran kreatif dan kritis, selain meningkatkan keyakinan diri apabila mereka berupaya meluahkan apa yang difikirkan," katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

APLIKASI STAR KIT Augmented Reality Story Telling Kit menggunakan teknologi Argumented Reality.. - Foto Aziah Azmee
APLIKASI STAR KIT Augmented Reality Story Telling Kit menggunakan teknologi Argumented Reality.. - Foto Aziah Azmee

Katanya, ia turut meninggalkan kesan besar kepada pembentukan jati diri dan jiwa setiap kanak-kanak kerana menjadi alat untuk menyampaikan pengajaran, peringatan dan nasihat dalam bentuk pendidikan secara tidak formal.

Selain mendengar cerita, katanya, ibu bapa dan kanak-kanak boleh merakamkan aktiviti bercerita masing-masing menggunakan kamera pada telefon pintar atau komputer riba.

NADIAH Suboh dan Dr Normahdiah Sheik Said (kiri) bersama kanak kanak, Mohd Adly Ilman Mohd Zaim dan Muhammad Nur Ikhwan Mohd Khairulnizam menggunakan STAR KIT di Edu Park, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aziah Azmee

Katanya, mereka bebas memilih watak, nama dan lokasi bercerita sama ada di taman permainan, di dalam atau luar rumah, kelas atau taman buah-buahan dalam aplikasi ini, yang secara tidak langsung menimbulkan perasaan teruja sepanjang mereka mengikuti aktiviti itu.

Normahdiah berkata, aplikasi yang dibangunkan bersama-sama rakan penyelidik, Nadiah Suboh itu sudah memasuki pasaran antarabangsa khususnya di negara Asia Barat hasil kerjasama dengan syarikat Hud Hud Media, awal Januari lalu.

Berita Harian X