Isnin, 15 Jun 2015 | 12:00am

Ricoh SP 4510SF pemudah pengurusan pejabat


RICOH SP 4510SF adalah pencetak pertama dalam kategori hitam putih bukan MFP disertakan dengan perisian Pengurusan Cetak dan Penyelesaian Aliran Kerja.

DIKENALI sebagai antara syarikat pengeluar peralatan pejabat terkemuka dunia, Ricoh kini memperkenalkan siri pencetak terkini, A4 LED monokrom SP 4500 dan SP 3600, yang mampu menyelesaikan pengurusan anda di pejabat dengan mudah dan tersusun.

Dibangunkan dengan kerangka yang lebih kecil dan mesra alam, RICOH SP 4510SF juga menjadi pencetak pertama dalam kategori hitam putih bukan MFP disertakan dengan perisian Pengurusan Cetak dan Penyelesaian Aliran Kerja, menjadikannya aset paling berguna dan berharga di tempat kerja.

Malah, pencetak generasi Y itu dipertingkatkan dengan ciri keselamatan "kunci cetakan" keselamatan yang membolehkan kawalan lebih baik ke atas pembaziran, dengan tanpa perisian tambahan dan kos perkakasan.

Selain itu, dengan Sistem Pengurusan Dokumen Elektronik (EDMS), RICOH SP 4510SF dapat menyumbang kepada pengurusan aliran kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi, secara elektronik, sama ada dalam penciptaan, penyimpanan dan kawalan dokumen.

Pengarah Urusan Ricoh Malaysia Sdn Bhd, Peter Wee, berkata sebagai pembekal penyelesaian pejabat dan perniagaan, Ricoh sentiasa berinovasi mengikut peredaran semasa untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang sesuai bagi pelanggannya.

"Kini dengan RICOH SP 4510SF, kita mampu memberikan produk yang benar-benar bersepadu dan berfungsi dalam memberikan penyelesaian secara menyeluruh dalam industri perniagaan," katanya.

Lebih istimewa, pencetak desktop Ricoh SP 4500 dan SP 3600 yang juga perintis kepada inovasi pembangunan teknologi percetakan ini, ia mampu menampung cetakan yang lebih banyak dengan ciri Multifunction Printers (MFP) yang mana mampu memberikan prestasi cetakan yang lebih tinggi dan struktur tahan lama.

Malah, fizikalnya cukup kecil dan mampu dimuatkan di atas meja ditambah pula dengan ciri-ciri hijau serta kos membaik pulih yang rendah.

Sementara itu, Siri SP 3600 (RICOH SP 3600 DN dan RICOH SP 3600 SF/3610 SF) dan Siri SP 4500 (RICOH SP 4510 DN dan RICOH SP 4510SF) juga menawarkan kos efektif percetakan hitam dan putih sesuai untuk kegunaan perdagangan dan perindustrian.


TEKONOLOGI cetakan LED menjadikan cetakan lebih bersih, cepat dan jitu, mewujudkan dokumen yang lebih berkualiti dengan resolusi 1200 dpi.

Direka untuk mengurangkan kesan alam sekitar tanpa menjejaskan kualiti dan kecekapan, pencetak desktop LED menggunakan kuasa yang paling rendah (semasa operasi) di dalam kelasnya, mengurangkan kos setiap cetakan dan dilengkapi dengan "ultra-sleep" serta penggunaan mod tenaga ECO, malah penggunaan dakwat secara efisyen dan pengurusan kertas.

"Penjimatan adalah lebih ditekankan ketika ini. Hari ini, di mana teknologi dan inovasi dilihat tanpa batasan, orang ramai dan perniagaan sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan, mengurangkan pembaziran dan mewujudkan 'budaya hijau' di samping mengekalkan kecekapan dan kompetitif," katanya.

Tekonologi cetakan LED menjadikan cetakan lebih bersih, cepat dan jitu, mewujudkan dokumen yang lebih berkualiti dengan resolusi 1200 dpi.

Lebih membanggakan apabila pencetak yang dijual pada harga bermula dari RM1,500 ini mampu mencetak hingga 30 muka surat seminit.

"Sejajar dengan slogan jenama kami, 'Bayangkan. Perubahan', kami terus mencabar imaginasi kami untuk mengatasi perubahan di tempat kerja. Kami menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan secara sihat, bekerja bersama-sama dan meningkatkan perniagaan dalam usaha menuju ke arah kejayaan.

Berita Harian X