X
Selasa, 26 Mei 2015 | 12:09am
EMMA dan Kamal bersama barisan pelakon Jodoh Sebelah Pintu.
EMMA dan Kamal bersama barisan pelakon Jodoh Sebelah Pintu.
PELAKON, Kamal Adli. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Kamal Adli. - Foto Munira Abdul Ghani
EMMA Maembong ketika majlis Ulang Tahun Ke-2 Kelab Peminat Emma Maembong di dewan Ruang, Subang Jaya, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan
EMMA Maembong ketika majlis Ulang Tahun Ke-2 Kelab Peminat Emma Maembong di dewan Ruang, Subang Jaya, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan
 EMMA Maembong hadir pada majlis pernikahan kakaknya Yaya Maembong bersama Wan Raja di Masjid Al-Ridhuwan, Lembah Keramat. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
EMMA Maembong hadir pada majlis pernikahan kakaknya Yaya Maembong bersama Wan Raja di Masjid Al-Ridhuwan, Lembah Keramat. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
EMMA Maembong ketika di karpet pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
EMMA Maembong ketika di karpet pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee

Emma Maembong dari sudut pandangan Kamal Adli


KUALA LUMPUR: "Dia sangat menyeronokkan kalau kita bersamanya. Dia juga jenis gadis yang happy go lucky, baik, seorang kawan yang memahami kawannya, tak menjengkelkan dan manis."

Tanpa berselindung, itu jawapan diberi Kamal Adli ketika ditanya mengenai Emma Maembong.

"Kami baik dan saya sangat selesa serta senang berkawan dengannya. Kami boleh berkongsi banyak perkara bersama," tambahnya, namun menafikan mereka berdua kini sedang hangat bercinta.

Gosip cinta dua pelakon ini semakin hebat diperkatakan apabila hubungan Emma dengan Zizan Razak, ibarat retak menanti belah. Malah, timbul dakwaan kononnya Kamal Adli `merampas' Emma daripada Zizan. Kamal menjelaskan, beliau rapat dengan Emma selepas wanita itu putus cinta, begitu juga dirinya dengan episod cinta yang tak kesampaian.

Bertemu Kamal Adli baru-baru ini ketika sesi tayangan episod akhir pencarian Dewi Remaja 2014/2015, jejaka ini sedar ramai yang menantikan jawapan tepat mengenai hubungannya dengan Emma.

Jejaka berbadan tegap itu tidak mahu pisang berbuah dua kali dan memilih untuk berhati-hati dalam setiap tindak tanduk serta tutur katanya.

AKSI bersahaja dua pelakon Jodoh Sebelah Pintu.
AKSI bersahaja dua pelakon Jodoh Sebelah Pintu.

"Saya boleh katakan kami hanya kawan rapat. Betullah. Kami baik dan saya sangat selesa serta senang berkawan dengannya. Kami boleh berkongsi banyak perkara bersama. Tapi untuk ke satu fasa lain itu, saya enggan terburu-buru. Buat relaks dahulu kerana kami berdua masing-masing baharu putus cinta di tengah jalan.

"Cuma ketika ini kebetulan kami bekerja sekali. Ini (menerajui drama Jodoh Sebelah Pintu) kerjasama kali kedua kami. Jadi selama tiga bulanlah kami akan berada di lokasi penggambaran bersama," katanya yang turut diraikan hari lahir ke-29 pada 16 April lalu secara mengejut oleh Emma dan teman mereka.

Diasak dengan soalan tidakkah pihak produksi milik Michael Ang seperti menangguk air yang keruh di atas gosip cinta mereka, Kamal menafikan perkara berkenaan.

"Tak wujud pun istilah pihak produksi nak gunakan gosip cinta atau kontroversi kami untuk menarik perhatian penonton. Ia terjadi secara kebetulan. Tawaran berlakon kali kedua ini diterima sebelum isu membabitkan kami bertebaran. Tapi selepas drama Syurga Tanpa Cinta meletup di RTM, Michael mahu menggandingkan kami lagi," katanya.

EMMA Maembong dan Kamal Adli di lokasi pengambaran.
EMMA Maembong dan Kamal Adli di lokasi pengambaran.

Pemenang Hero Remaja edisi 2007/2008 itu hingga saat ini masih utuh mengukuhkan namanya sebagai pelakon. Biar ramai pelakon jambu dan berbadan sado hadir memeriahkan persada seni, Kamal tetap menjadi perhatian produksi. Baginya tiada rahsia tertentu dalam mengekalkan kelangsungan serta legasi yang dimulakan dan akuinya, keikhlasan dan kerja kuat itu menjadi kunci utama.

"Nak cakap secara jelas kenapa saya masih bertahan pun terlalu subjektif. Cuma Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya tak pernah putus. Tak ada masalah dan saya cuba tak timbulkan masalah. Kebanyakan produksi sudah tahu kemampuan yang saya. Saya cuba variasikan watak itu dan ini. Biar ramai muka baharu yang tumbuh seperti cendawan pada waktu pagi, saya masih meneruskan survival tersendiri.

"Persaingan itu sihat dan ia berbalik kepada rezeki. Syukur saya masih ditawarkan watak utama mahupun sebagai hero. Hingga saat ini pun produksi atau pengarah suka saya watak jiwang atau romantik. Saya cuba merealisasikan watak yang diingini. Kalau saya tak boleh bawa sesuatu watak, saya akan cakap terus terang. Saya akan membuat kajian terlebih dahulu mengenai watak dan skrip.

"Penerimaan penonton dan peminat juga sangat positif. Kalau saya bawa watak lawak, orang gelak. Begitu juga kalau watak emosi, saya berusaha untuk membuatkan penonton menangis atau marah," katanya.

KAMAL bersifat berhati-hati dalam memilih pasangan. - Foto Munira Abdul Ghani
KAMAL bersifat berhati-hati dalam memilih pasangan. - Foto Munira Abdul Ghani

Kamal juga boleh membawakan watak komedi seperti dipamerkan menerusi filem Gangster Celop arahan Ahmad Idham. Ia turut dibintangi Hanis Zalikha dan Syamsul Yusof. Tetapi keupayaannya mewarnakan sisi lawak seakan tidak berpanjangan sedangkan kalau digilap dengan lebih kerap, Kamal mampu untuk terus menggeletek perasaan penonton.

"Entah, saya sendiri tak tahu kenapa tawaran watak komedi itu terhenti di situ. Ramai memuji saya. Atau mungkin juga orang lebih suka saya bawa watak atau mungkin ada pihak tertentu yang tak nampak dan yakin kemampuan saya berlawak. Mungkin juga tak semua yang tengok filem berkenaan.

"Mereka tak sedar barangkali yang saya boleh melawak atau jadi seperti itu mahupun ini. Pada akhirnya ia berbalik kepada soal peluang. Mungkin peluang itu dapat kepada orang lain dan bukan rezeki saya. Saya okay sahaja," katanya.

Ketika ini terma 'Abam Sado' terus menular. Malah, dalam kalangan pelakon pun, ia bagaikan tuntutan penting untuk sentiasa tampil sasa, segak dan kemas di hadapan kamera mahupun di layar TV dan filem. Apakah Kamal sendiri berdepan tekanan untuk sentiasa tampil dengan susuk badan menawan?

"Saya tidaklah terlalu tertekan nak memiliki bentuk badan menarik. Tapi semestinya sebagai pelakon lelaki di Malaysia, kena ada pakej sempurna yang membezakan dia dengan pelakon sampingan. Di Hollywood atau Bollywood sendiri, nak jadi hero memang kena nampak hero. Takkan nak biarkan pelakon pembantu lebih sado atau kemas daripada hero.

"Jadi saya tekankan apabila jadi hero, memang dia kena memiliki ciri hero. Ciri itu subjektif tapi dengan sekali pandang sahaja kita tahu dialah teraju utama yang membezakannya dengan pelakon lain. Pakej itu termasuklah dari gaya, lakonan, fizikal dan sebagainya. Memang saya tengok ramai sekarang hero muka jambu dan badan sado. Ia sudah jadi aliran semasa.

PEGUAM, Kamal Hisham Ja'afar ditahan semula selepas membayar ikat jamin bagi kes pecah amanah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEGUAM, Kamal Hisham Ja'afar ditahan semula selepas membayar ikat jamin bagi kes pecah amanah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

"Saya tak mahu terlalu membesarkan badan hingga nampak terlalu besar di kaca TV atau layar perak. Macam sekarang, saya jaga apa yang sudah dimulakan. Saya jaga makan dan kesihatan. Kadang-kadang saya hanya bersenam di rumah dengan kelengkapan asas. Selain ke gimnasium, saya juga suka bermain futsal sekurang-kurang tiga kali seminggu. Saya tak ambil pemakanan berminyak dan nasi. Saya selalu lebihkan senaman kardio berbanding menggunakan alat angkat berat," katanya.

Selain lakonan, Kamal kini juga kembali dengan kerja mengacara yang sudah ditinggalkan lama.

"Saya bermula di arena seni dengan mengacarakan program Pandanganku Cerita di Astro Ria. Masa itu memang kaku dan keras. Biasalah awalan kerjaya memang begitu. Seingat saya saya pernah dua kali mengambil kerja mengacara dan kemudian hanya menerima kerja berlakon selama lima tahun dulu. Sekarang rezeki mengacara datang balik.

"Saya berbesar hati buat balik kerja mengacara. Macam mengacarakan Dewi Remaja di Astro ini pun ia sangat menyeronokkan. Saya juga menerima tawaran kerja sebagai pengacara majlis. Kalau boleh selagi masih bertenaga ini, saya nak kaut peluang yang ada sebaik mungkin," katanya.

Info Kamal Adli

* Nama penuh, Ahmad Kamal Ahmad Adli.

* Lahir pada 16 April 1986.

* Memenangi Hero Remaja 2007/2008. .

* Ketika gosip mengaitkannya dengan Emma hujung tahun lalu, Kamal menyifatkan khabar angin beliau menjadi orang ketiga dalam hubungan Emma dan Zizan sebagai gosip paling comel buat penutup tahun 2014.

* Pernah menjalin hubungan cinta dengan Intan Ladyana tetapi tidak berpanjangan.

Berita Harian X