Selasa, 19 Mei 2015 | 12:06am
REKAAN Passages diilhamkan daripada gaya pengembara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
KOLEKSI Laura Ashley sesuai untuk aktiviti santai dan perkelahan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
REKAAN Passages memaparkan ketenangan dan elemen semula jadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
JENAMA Emmanuelle kaya dengan rekaan rona ceria. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
KOLEKSI Cape Cod menyuntik elemen segar. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
JENAMA Zona mengekalkan sentuhan ceria. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
KOLEKSI Deanor turut diperagakan pada pertunjukan fesyen Colors of Flora sempena kedatangan musim bunga/panas 2015. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
MODEL jenama Deanor memperagakan koleksi terkini. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
ANTARA koleksi Deanor. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
ANTARA jenama Somerset Bay. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
REKAAN Zona sesuai dipakai dengan gaya korporat mengikut kreativiti individu. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Rekaan terkini penuhi cita rasa


CERIA dan segar. Itulah gambaran pertama himpunan terbaharu pelbagai jenama yang dinaungi Metrojaya bertemakan Colors of Flora sempena kedatangan musim bunga/panas 2015.

Walaupun memiliki kumpulan sasaran berbeza menerusi aneka jenama fesyen dalam dan luar negara, Metrojaya terus memikat hati pelanggannya dengan pelbagai gaya memenuhi cita rasa terkini .

Dengan menampilkan beberapa label jenama tidak asing lagi, pertunjukan fesyen diketengahkan sempena kedatangan musim penuh kegembiraan itu memperlihatkan pilihan himpunan luas untuk penggemar fesyen.

Justeru, barisan jenama terkemuka iaitu Emmanuelle, Cape Cod, East India, Zona, Passages, Somerset Bay dan Laura Ashley mampu memenuhi cita rasa berbeza pencinta fesyen.

Setiap jenama menekankan pemilihan rona, motif dan pelbagai potongan pakaian mengikut perkembangan fesyen terkini.

KOLEKSI pakaian mewah jenama Emmanuelle . - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Emmanuelle

Pilihan koleksi jenama ini kaya dengan rekaan rona ceria seperti merah, jingga dan kuning.

Koleksi pakaian mewah dengan cetakan menarik membuatkan penampilan bertambah unik dan berbeza daripada musim sebelum ini.

Penggunaan fabrik lembut beralun pada rekaan gaun, blaus dan seluar pendek turut memberikan kesegaran dalam bergaya.

KOLEKSI Cape Cod menawarkan rekaan yang diilhamkan daripada keindahan karang laut. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Cape Cod

Mengekalkan gaya tepi pantai, Cape Cod menawarkan rekaan inspirasi daripada keindahan karang laut dan diterapkan pada himpunan koleksinya.

Menggabungkan warna oren, merah dan putih, jenama ini menyuntik elemen segar pada cetakan motif di samping potongan gaun kembang cukup menarik perhatian.

Menyuntik inspirasi keindahan langit, koleksi East India menampilkan warna biru dan putih, sejuk mata memandang.

Jenama ini turut menyelitkan identitinya menerusi rekaan blaus longgar dengan warna menarik. Koleksi bercetak motif flora turut membawa kesegaran pada imej ditonjolkan.

REKAAN Zona mengetengahkan rekaan avant-garde mewah. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Zona

Rekaan musim panas dan bunga diketengahkan lari daripada norma rekaan dipersembahkan sebelum ini.

Zona mengetengahkan rekaan avant-garde mewah dengan penggayaan warna menarik seperti kuning dan biru gelap.

Koleksi ini mengekalkan sentuhan ceria yang sesuai dipakai dengan gaya korporat mengikut kreativiti individu.

MODEL koleksi Passages pada pertunjukan fesyen Metrojaya bertemakan Colors of Flora sempena kedatangan musim bunga/panas 2015. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Passages

Tenang dan semula jadi. Passages membawa kelainan menerusi koleksi inspirasi daripada gaya pengembara.

Menyuarakan rekaan penuh keselesaan, himpunan koleksi jenama ini sarat dengan padanan persalinan daripada rona natural dan motif semula jadi.

Penggayaan daripada gabungan material lembut turut mewujudkan hubungan harmoni sepanjang pemakaian, lebih-lebih lagi ketika menjalankan aktiviti luar.

JENAMA Somerset Bay menyuntik inspirasi detik keindahan peribadi- Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Somerset Bay

Menyuntik inspirasi detik keindahan peribadi, Somerset Bay memberikan visual gaya penuh dengan pesanan tersendiri.

Tumpuan rekaan moden diberikan pada potongan ringkas, selain padanan palet warna bersih seperti putih dan khakis.

Paduan skirt bertingkat warna biru dan merah jambu lembut menonjolkan keunikan pada penggayaan sempena musim indah tahun ini.

REKAAN Laura Ashley sesuai dipakai pada musim panas. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Laura Ashley

Koleksi SS15 Laura Ashley menghubungkan sentuhan unik sesuai untuk aktiviti santai dan perkelahan.

Sesuai untuk musim panas, rekaan cetakan bunga menjadikan penampilan lebih ceria.

Tidak kurangnya, keunikan rona rekaan kardigan dan gaun diketengahkan turut menghidupkan gaya vintaj yang kembali mendapat perhatian sejak kebelakangan ini.

Berita Harian X