Ahad, 17 Mei 2015 | 10:00am
SUPERSTAR muzik Beyonce. - Foto AFP

Beyonce lawat Haiti lihat kerja pemulihan selepas gempa 2010

PORT-AU-PRINCE: Superstar muzik Beyonce dilaporkan melawat Haiti bersama dengan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal kemanusiaan.

Jurucakap Misi PBB di Haiti, Sophie Boutaud de la Combe berkata Beyonce melawat negara di Caribbean itu semalam untuk melihat kemajuan yang dicapai dalam aspek pemulihan selepas gempa bumi 2010 dan bertemu mangsa bencana.

De la Combe berkata penyanyi itu melawat Haiti bersama Valarie Amos, Setiausaha Rendah bagi hal ehwal kemanusiaan dan kecemasan AS.

Gambar yang dirakam pada lawatan itu menunjukkan Beyonce memakai baju-T yang tertera nama pertubuhan kebajikannya.

Unjuran rasmi setakat ini menyatakan gempa bumi pada 2010 yang menggegarkan kawasan sekitar ibu negara itu mengorbankan lebih 300,000 orang. - AP

Berita Harian X