Khamis, 30 April 2015 | 1:56pm

Pendakian Gunung Everest dibuka semula minggu depan

HELIKOPTER digunakan untuk aktiviti menyelamat di Everest Base Camp, Nepal. - Foto 6summitschallenge.com/AP
HELIKOPTER digunakan untuk aktiviti menyelamat di Everest Base Camp, Nepal. - Foto 6summitschallenge.com/AP

KATHMANDU: Gunung Everest akan dibuka semula kepada pendaki selewat-lewatnya minggu depan, kata Ketua Jabatan Pelancongan Nepal, Tulsi Gautam.

Sebelum ini, pendakian ke Everest, puncak tertinggi dunia itu dihentikan sementara akibat gempa bumi kuat 7.9 magnitud, menyebabkan runtuhan salji dan mengorbankan 18 pendaki.

"Tangga pendakian di Gunung Everest akan siap diperbaiki selewat-lewatnya tiga hari lagi bagi memudahkan pendaki meneruskan misi mereka.

"Tidak ada sebab untuk sesiapa berhenti daripada meneruskan ekspedisi mereka," katanya - AFP

Berita Harian X