Selasa, 21 April 2015 | 12:02am
KES Ebola di dunia.
KES Ebola di dunia.
NEGARA utama penyebaran Ebola hingga 15 Oktober 2014.
NEGARA utama penyebaran Ebola hingga 15 Oktober 2014.

Ebola pembunuh tiada penawar

JURURAWAT Liberia bersedia untuk membawa mayat mangsa Ebola untuk dikebumikan. - Foto EPA
JURURAWAT Liberia bersedia untuk membawa mayat mangsa Ebola untuk dikebumikan. - Foto EPA

EBOLA, namanya mungkin kelihatan sedap untuk disebut tetapi ia sebenarnya adalah wabak pembunuh yang telah mengorbankan ribuan nyawa di Afrika dan beberapa negara lain.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menjangkakan jangkitan akibat wabak Ebola ini akan meningkat hingga 10,000 kes dalam masa seminggu atau lebih kurang 1,400 kes sehari.

Dalam satu laporan, WHO mendedahkan hingga 10 Oktober 2014, sejumlah 4,033 orang daripada 8,399 kes yang didaftarkan di tujuh negara, khasnya di Afrika Barat mati akibat Ebola.

Belum ada penawar

Hampir 50 peratus pesakit yang menghidap wabak Ebola akan mati dan selebihnya hanya menunggu masa kematian kerana hingga kini masih tiada penawar untuk wabak ini.

Ebola bukanlah wabak baharu tetapi setahun kebelakangan ini ia kembali menyerang dan kebanyakan negara yang terjejas teruk akibat wabak Ebola ialah Liberia, Sierra Leone, Guinea, Republik Congo dan Nigeria.

Terbaharu sudah terdapat kes positif Ebola dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) yang membabitkan petugas kesihatan. Mangsa pertama Ebola di AS sebelum ini ialah Thomas Eric Duncan yang baru tiba dari Liberia untuk menziarahi saudara maranya sebelum jatuh sakit dan meninggal.

KELAWAR jenis ini adalah antara penyebar Ebola dan banyak menghuni di sekitar Afrika Barat.
KELAWAR jenis ini adalah antara penyebar Ebola dan banyak menghuni di sekitar Afrika Barat.

Penyebaran dan jangkitan

- Sudah hampir 40 tahun sejak Ebola dikesan dan kini, virus pembunuh ini kembali menyebabkan wabak maut

- Pesakit dijangkiti menerusi cecair badan dan mengambil masa dua hingga 21 hari untuk menunjukkan gejala dan menjangkiti orang lain.

- Pesakit menunjukkan gejala awal seperti demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit sendi dan hilang selera makan. Pada peringkat lewat, pesakit muntah-muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang dan hati selain mengalami pendarahan dalaman.

- Kadar kematian antara 60 hingga 90 peratus disebabkan kaedah pengesanan awal dan pencegahan agresif di kawasan yang dilanda wabak.

- Kelawar buah (keluarga Pteropodidae) adalah penyebar utama wabak Ebola. Kelawar jenis ini banyak menghuni di sekitar Afrika Barat.

- Ebola disebarkan ke dalam populasi manusia melalui hubungan rapat dengan darah, cecair, organ atau cecair badan haiwan yang dijangkiti seperti chimpanzi, gorila, kelawar buah-buahan, monyet dan landak.

MASIH tiada penawar untuk wabak ini.
MASIH tiada penawar untuk wabak ini.

- Disebabkan tahap kemiskinan yang tinggi di negara-negara Afrika menyebabkan mereka makan buah-buahan tercemar akibat digigit kelawar yang dijangkiti atau menangkap dan mengambil haiwan yang sedang sakit atau baru mati selepas diserang wabak untuk dijadikan sumber makanan manusia.

- Ebola kemudian merebak melalui manusia kepada manusia melalui hubungan secara langsung (melalui kulit pecah atau membran mukus) dengan darah, cecair, organ atau cecair badan lain orang yang dijangkiti, dan dengan permukaan atau bahan-bahan (seperti peralatan tempat tidur, pakaian) yang tercemar dengan cecair.

- Ketika upacara pengebumian juga boleh menyebabkan wabak ini tersebar dengan mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan badan orang yang mati itu.

- Satu kajian juga menyatakan jika anda bersalam dengan individu yang dijangkiti dan cecair di tangannya (seperti selepas bersin atau mengesat hingus) anda juga berisiko dijangkiti jika cecair itu sampai ke dalam badan.

- Berkongsi makanan dengan menggunakan sudu yang sama juga tanpa dibasuh terlebih dulu turut berisiko tinggi mendapat jangkitan.

- Melakukan hubungan seks dengan pembawa virus ini turut menyebabkan anda dijangkiti.

- Manusia kekal berjangkit selagi darah dan cecair badan termasuk air mani dan susu badan masih mengandungi virus ini.

- Lelaki yang pulih daripada wabak ini masih boleh menghantar virus melalui air mani mereka selama tujuh minggu selepas pulih.

Kesan terhadap ekonomi

SEORANG mangsa wabak ebola.
SEORANG mangsa wabak ebola.

- PBB mengeluarkan amaran negara Afrika yang teruk dilanda wabak Ebola akan berdepan krisis bekalan makanan dalam masa terdekat.

- Wabak berbahaya itu dikatakan punca kepada kekurangan tenaga buruh dan mengganggu urusan perdagangan rentas sempadan.

- Laporan daripada Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) menyatakan sekatan pergerakan di negara terbabit seperti Guinea, Liberia dan Sierra Leone menyebabkan penduduk melakukan pembelian panik hingga menyebabkan bekalan makanan semakin berkurangan.

- Pada masa sama peniaga turut mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang, terutama di beberapa bandar utama.

- FAO turut menjangkakan zon kuarantin yang meliputi tiga negara Afrika Barat akan menyebabkan masalah kekurangan bekalan makanan untuk menampung jumlah besar penduduk.

- Penutupan pintu masuk di sempadan negara yang terjejas teruk akibat wabak ini, menjadi punca aktiviti perdagangan berkurangan di pelabuhan, hingga bekalan berkurangan dan membuatkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

- Di Liberia, negara yang paling teruk dilanda wabak itu dengan 694 kematian, penduduknya terpaksa berdepan dengan harga ubi kayu di gerai pasaran di Monrovia naik 150 peratus dalam tempoh beberapa minggu pertama sejak Ogos lalu.

Berita Harian X