Sabtu, 11 April 2015 | 8:19am
KEADAAN rumah rosak teruk akibat letupan di sebuah rumah pangsa di HDC Teres Garden, Sibu Jaya. - Foto NSTP
KEADAAN rumah rosak teruk akibat letupan di sebuah rumah pangsa di HDC Teres Garden, Sibu Jaya. - Foto NSTP

11 cedera letupan di rumah pangsa di Sibu

SIBU: Sebelas cedera dengan seorang daripadanya melecur teruk akibat letupan yang berlaku di sebuah rumah pangsa di HDC Teres Garden, Sibu Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Letupan pada jam 2.48 pagi itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di tingkat bawah yang dijadikan sebagai kedai runcit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, tiga unit kediaman rumah pangsa empat tingkat musnah akibat letupan itu.

"Bomba sudah mengarahkan semua penghuni 40 unit kediaman di rumah pangsa itu keluar untuk proses pengiraan jumlah keseluruhan penduduk.

"Ia dilakukan untuk mengenalpasti kemungkinan ada mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan," katanya.

Katanya lagi, bomba masih mencari bahan bukti untuk mengenalpasti jenis bahan letupan itu manakala semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X