X
Sabtu, 11 April 2015 | 12:03am
RESTORAN Melur & Thyme, Chef Jasman Mohd Tajuddin di Nu Sentral. - Foto Hasriyasyah Sabudin
RESTORAN Melur & Thyme, Chef Jasman Mohd Tajuddin di Nu Sentral. - Foto Hasriyasyah Sabudin
SAJIAN kambing istimewa Restoran Melur & Thyme. - Foto Hasriyasyah Sabudin

SAJIAN kambing istimewa Restoran Melur & Thyme - Foto Hasriyasyah Sabudin
SAJIAN kambing istimewa Restoran Melur & Thyme - Foto Hasriyasyah Sabudin

Resipi kambing turun temurun

CHEF Jasman Mohd Tajuddin. - Foto Hasriyasyah Sabudin
CHEF Jasman Mohd Tajuddin. - Foto Hasriyasyah Sabudin

SEBUT saja kambing, pasti penggemarnya terbayang-bayang pelbagai menu masakan bermain di fikiran, daripada hidangan tempatan hingga ke barat keenakan daging kambing ini cukup hebat.

Di Malaysia, cara masakan kambing yang sangat popular adalah dibakar atau dibuat gulai. Bagaimanapun, hidangan itu mungkin kelihatan enak untuk dinikmati tetapi bau hamis kambing sering kali membantutkan selera.

Oleh itu jika memilih untuk membakarnya bahan perapan digunakan perlulah bersesuaian. Gunakan lebih asid seperti cuka, perahan jus lemon atau yogurt supaya ia dapat mengurangkan bau hamis kambing itu.

Jika memilih untuk membuat hidangan gulai atau berkuah pula, bolehlah melakukan beberapa cara antaranya, selepas menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit.

Kemudian, bersih daging dan perah limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan tos air basuhan. Daging kambing sedia untuk dimasak.

Selain itu boleh juga direbus daging kambing itu hingga mendidih dan berbuih. Buangkan buih itu hingga habis, kemudian barulah dimasak mengikut resipi diinginkan. Cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.

HIDANGAN lamb cutlet. - Foto Hasriyasyah Sabudin
HIDANGAN lamb cutlet. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Resipi turun temurun

Resipi popular daging kambing dan digemari ramai antaranya ialah lamb shank. Namun, ada yang berpandangan, untuk masak menu masakan daging kambing seperti lamb shank ia agak rumit dan leceh. Justeru, ia hanya dimasak pada majlis keraian seperti kenduri ataupun mereka memilih untuk makan di restoran atau hotel saja.

Untuk menyediakan hidangan lamb shank, daging kambing berkenaan lazimnya harus diperap semalaman terlebih dulu dengan serbuk cili, garam, lada sulah, dan gula.

Bagi Cef Jasman Mohd Tajuddin, beliau adalah penggemar kambing dan resipi lamb shank turun-temurun daripada keluarganya masih diingat sehingga ke hari ini.

Jasman yang berasal daripada Kulim, Kedah mendapat resipi itu daripada ibunya dan masakan keluarganya itu tentunya ala utara.

"Masakan lamb shank ini lebih popular dalam kalangan masyarakat Asia Barat, namun dalam masakan ia boleh diolah mengikut kreativiti dan cita rasa masing-masing," katanya.

Bagi Jasman, beliau mengolah masakan itu dengan memberi nafas baharu tetapi masih mengekalkan resipi asal.

TUMISKAN semua bahan A hingga naik bau. - Foto Hasriyasyah Sabudin
TUMISKAN semua bahan A hingga naik bau. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Lamb shank

Bahan-bahan:
Bahan A
* 2 ketul daging lamb shank
* 2 ulas bawang merah (dihiris dan ditumis)
* 2 ulas bawang putih (dihiris dan ditumis)
* 2 ulas bawang merah (dihiris dan ditumis)
* 2 ulas bawang putih (dihiris dan ditumis)
* 150 ml santan 150
* 2 sudu besar kerisik
* 2 ikat daun pandan
* 2 batang serai
* 10gram (g) halia
* 1 sudu kecil jintan
* 1/2 sudu besar lada hitam
* dua kuntum bunga cengkih
* 1 sudu besar serbuk kari daging
* 80mililiter (ml) air asam jawa
* 10ml air

Cara-cara
* Tumiskan kesemua bawang yang digoreng dan dikisar sehingga naik bau.
* Masukkan kesemua rempah yang lain diikuti dengan air dan tunggu sehingga mendidih.

MASUKKAN bahan B yang dikisar dan tambah perisa. - Foto Hasriyasyah Sabudin
MASUKKAN bahan B yang dikisar dan tambah perisa. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Bahan B
* 2 biji kentang (rebuskan sehingga lembut)
* 2 biji bawang putih (ditumiskan)
* 100ml krim putar

Cara-cara
* Kisarkan kesemua bahan kemudian tambah perasa.

TUMISKAN bahan C. - Foto Hasriyasyah Sabudin
TUMISKAN bahan C. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Bahan c
* 2 batang asparagus
* 1/2 biji lada bengala (dipotong dadu)
* 100gm sayur zuchinni (dipotong dadu)
* 5g bawang putih(dipotong halus)
* 1 sudu besar minyak zaitun
* 2 cubit garam halus
* 1 sudu lada hitam

Cara-cara
*Tumiskan kesemua bahan.

PETUA
Hilangkan bau hamis kambing
Banyak cara untuk menghilangkan bau hamis kambing sebelum ia dimasak. Salah satu caranya, rebus 1 kilogram daging dengan segenggam kacang hijau. Rebuskan ia selama 10 minit, kemudian bolehlah gunakan daging itu untuk apa juga masakan.

Berita Harian X