Jumaat, 10 April 2015 | 8:54am
SERAMAI 21 orang pendatang maut dan berpuluh lagi dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di pantai utara Haiti. - Foto Reuters

21 maut, berpuluh lagi hilang bot karam di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Seramai 21 orang pendatang maut dan berpuluh lagi dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di pantai utara Haiti, kata pegawai kanan hari ini.

Ketua Jabatan Perlindungan Awam Haiti, Marie Alta Jean-Baptiste berkata, kira-kira 50 orang berada di dalam bot yang cuba untuk sampai ke Pulau Providenciales berdekatan Pulau Turks dan Caicos.

Bot itu dikatakan belayar sebelum tengah malam berusaha untuk kembali ke tempat asal selepas cuaca buruk melanda tetapi karam di pantai pada awal pagi waktu tempatan.

Mayat 21 orang ditemui terdampar di pantai di bandar Borgne, barat Cap-Haitien iaitu bandar kedua terbesar di Kepulauan Caribbean.

Sementara itu, 12 orang berjaya berenang selepas nahas.

Pihak berkuasa berkata, nelayan tempatan turut membantu mencari mangsa yang masih hilang. - AFP

Berita Harian X