Selasa, 7 April 2015 | 1:26pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) di Hotel Royal Chulan. - Foto Khairull Azry Bidin

PM lancar PPPM (Pendidikan Tinggi)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang disifatkannya sebagai hala tuju baharu yang menentukan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, PPPM (PT) itu mampu menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk melahirkan graduan berkualiti serta seimbang termasuk akhlak dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau merumuskan matlamat PPPM (PT) kepada 3B iaitu penghasilan bakat berkualiti, penanda aras bertaraf global (benchmark) dan berteraskan nilai kualiti yang menyeluruh.

Berita Harian X