Jumaat, 3 April 2015 | 11:41am

Gangguan bekalan air di sebahagian Tampin pada 7 April

pqc

SEREMBAN: Sebahagian kawasan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama 16 jam mulai 8 pagi, 7 April ini berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan loji rawatan air Dangi, Tampin.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terbabit ialah Taman Indah (Fasa 1&2), Taman Clonlee (1,2,3), Taman Tunku Besar, Taman Bukit Indah, Taman Mutiara, Taman Minang, Taman Batu Belang, Kampung (Kg) Batu Belang, Taman Bukit Ria, Taman Baru Clonlee, Pekan Tampin, Jalan Seremban, Sekolah (Sek) Kebangsaan (Keb) Tamil, Sek Tunku Besar Tampin dan Hospital Tampin.

"Selain itu, Tampin Square, Pasar Tampin, Kg Jeram Repah, Pusat Serenti, Taman Rekreasi, Pekan Gemencheh, Taman Orked, Taman Pekan Gemencheh, Kg Sri Gemencheh, Taman Datuk Taha, Taman Asahan Indah, Taman Sri Asahan, Taman Nuri, Taman Impian Canggih, Taman Molek, Kg Sri Gemencheh, Maahad Ahmadi, Institut Tahfiz Al-Quran dan Taman Muhibbah.

"Turut terbabit ialah Rumah Rakyat Kg Tengah Gedok, Industri Kecil Gemencheh, Kg Baru Gedok, Ladang Hock Teck, Kg Tengah Gedok, Kg Baru Dangi, Kg Langkap, Taman Gemencheh Height, Taman Gembira, Taman Merak, Taman Sri Intan, Taman Semarak, Taman Yu Yi, Kg Sungai (Sg) Jernih, Rumah Rakyat Gemencheh 2, Kg Jelawai, Taman Sentosa, Taman Gemencheh Jaya, Bukit Rokan (Peringkat 1,2,3,4), Kg Ulu Rokan, Kg Batang Rokan, Rumah Rakyat Batang Rokan, Rumah Rakyat Gemencheh Lama, Ladang Tabong Haji Bukit Rokan Utara dan Kg Orang Asli," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya langkah kontigensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan).

Katanya bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

"Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama. Kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan loji rawatan air itu adalah antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan," katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sementara itu, Norzita berkata paip pengepaman bersaiz 900mm di Fasa 1 dan 2 Sungai Terip dekat sini, pecah pada 9 malam tadi, menyebabkan berlaku pengurangan pengeluaran air sebanyak 25 juta gelen sehari di kolam imbangan Sungai Terip.

Kerja pembaikan kini sedang giat dilakukan dan tempoh bagi kerja pemulihan itu dijangka mengambil masa 24 jam. - BERNAMA

Berita Harian X