Selasa, 31 March 2015 | 12:03am
MENGEKALKAN rekaan klasik memberikan kesegaran cita rasa dengan memainkan elemen moden pada potongan busana. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
MENGEKALKAN rekaan klasik memberikan kesegaran cita rasa dengan memainkan elemen moden pada potongan busana. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BUSANA ditonjolkan menyuntik elemen cinta dengan gaya tersendiri. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BUSANA ditonjolkan menyuntik elemen cinta dengan gaya tersendiri. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Simbolik fesyen cinta

PERTUNJUKKAN fesyen oleh Hasfitri Yusof pada Majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PERTUNJUKKAN fesyen oleh Hasfitri Yusof pada Majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

LUAHAN rasa cinta sememangnya unik dalam pelbagai bentuk dan cara mengikut budaya dan latar belakang sesebuah sosiologi.

Ada yang menunjukkan perasaan agung itu menerusi kata, ada pula yang menterjemahkannya menerusi hasil nukilan indah dan tidak kurang menjadikan hadiah sebagai simbolik kasih.

Mengangkat keindahan rasa itu, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) turut menampilkan semarak cinta sebagai tema yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 5 April depan.

Sempena majlis pengumuman artis, penyampai dan persembahan ABPBH 2014, baru-baru ini, dua pereka muda, Hasfitri Yusof, 27, Mohamad Fadzil Adnan, 23, mempersembahkan koleksi masing-masing.

Menariknya, busana ditonjolkan menyuntik elemen cinta dengan gaya tersendiri. Koleksi dipersembahkan boleh memberi idea kepada selebriti dan tetamu untuk tampil berbeza pada malam kemuncak nanti.

SENTUHAN busana dengan potongan kemas pada susuk tubuh menyerlahkan lagi suasana romantis pada penampilan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
SENTUHAN busana dengan potongan kemas pada susuk tubuh menyerlahkan lagi suasana romantis pada penampilan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Keindahan sequin

Memberikan sentuhan romantis dalam setiap rekaan diketengahkan, Hasfitri Yusof menyuntik inspirasi koleksi bertemakan Sandari diilhamkan dari gaun pengantin milik ibunya.

Menggunakan elemen rekaan dan potongan sederhana, beliau menyuntik kesegaran pada mainan perincian sequin di sekitar leher busana dihasilkan olehnya.

"Kali ini, saya cuba berikan kelainan pada rekaan dengan menggunakan keindahan sequin berbanding fabrik satin yang sering dikaitkan dengan elemen romantik atau cinta.

"Pemilihan warna sekuin yang berani membuatkan imej polos sederhana lebih menonjolkan dengan caranya tersendiri," katanya ketika ditemui.

MAINAN fabrik mewah menonjolkan keanggunan diri pada majlis permaidani merah. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
MAINAN fabrik mewah menonjolkan keanggunan diri pada majlis permaidani merah. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Gabungan rekaan moden dan klasik

Tambahnya, untuk menimbulkan lagi elemen romantik seiring rasa cinta beliau memainkan potongan busana ringkas praktikal dipakaikan untuk pelbagai acara majlis.

Memilih fabrik tweed dalam rekaannya, akui pereka muda itu ia lari daripada kelaziman rona merah atau merah jambu sering dikaitkan dengan tanda cinta.

"Melihat rekaan baju pengantin milik ibu kemas sederhana membuatkan saya teruja untuk menghasilkan koleksi sendiri menggunakan keindahan yang sama.

"Jadi, saya gabungkan elemen rekaan moden dan klasik menerusi rekaan, potongan dan pemilihan fabrik" katanya.

SENTUHAN romantis dalam setiap rekaan diketengahkan, Hasfitri Yusof menyuntik inspirasi koleksi bertemakan Sandari. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
SENTUHAN romantis dalam setiap rekaan diketengahkan, Hasfitri Yusof menyuntik inspirasi koleksi bertemakan Sandari. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Potongan sendat

Berlainan sentuhan kreatif Mohd Fadzil dengan jenama Diandra Couture menggunakan warna berani dan menyerlah koleksi Touch of Elution untuk acara majlis istimewa.

Mengekalkan rekaan klasik, beliau memberikan kesegaran cita rasa dengan memainkan elemen moden pada potongan busana sendat ala peplum.

"Menggunakan fabrik broked dan satin dutches, ia membuatkan penampilan wanita lebih cantik anggun pada malam permaidani merah.

"Paduan warna rekaan ditonjolkan seperti merah, biru dan ungu serta merah jambu mempamerkan cita rasa mewah," katanya.

GABUNGAN elemen rekaan moden dan klasik. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
GABUNGAN elemen rekaan moden dan klasik. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Koleksi jejaka

Tidak mengenepikan penampilan bergaya buat jejaka, Diandra Couture turut mengetengahkan rekaan suit dan tuxedo.

Kata Mohd Fadzil, rekaan kot sinonim untuk acara majlis permaidani merah menonjolkan sisi kelelakian menerusi potongan kemas menampakkan kesegakan tubuh.

"Himpunan rona asas seperti biru gelap dan merah hati membuatkan penampilan kelihatan cukup maskulin.

"Rekaan suit yang tepat dengan susuk tubuh juga menjadikan penampilan di permaidani merah nanti tampak luar biasa," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X