Khamis, 19 March 2015 | 3:48pm

Ikan lumba-lumba 3 meter ditemui terdampar

Oleh Viannie Amin

KOTA KINABALU: Beberapa nelayan di perairan Teluk Dayang di sini, terkejut apabila menemui seekor ikan lumba-lumba berukuran kira-kira tiga meter panjang, terdampar berhampiran pantai, pagi tadi.

Ia ditemui pada kira-kira 5.30 pagi sebelum diserahkan kepada Institut Penyelidikan Marin (IPM) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pensyarah IPM, Dr John Madim, berkata pihaknya sudah memaklumkan mengenai penemuan ikan lumba-lumba terbabit kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

"Ketika ini saya bersama pelajar IPM bergilir-gilir menjaga ikan lumba-lumba terbabit dan cuba mengimbangkan kedudukannya kerana ia berada dalam keadaan lemah.

"Ia juga kini diberikan rawatan oleh petugas Jabatan Hidupan Liar. Kita masih belum pasti punca sebenar ikan itu terdampar di perairan ini," katanya ketika ditemui di sini.

Berita Harian X