Sabtu, 14 March 2015 | 1:20am

Sukan SEA 2015: Kim Swee senarai 26 pelatih ke kem latihan pusat

Datuk Ong Kim Swee. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 26 pemain untuk sesi latihan pusat kedua sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura pada Jun.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, berkata semua pemain perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada 18 Mac ini di Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam.

Skuad B-23 Malaysia bakal beraksi dalam tiga aksi pemanas badan di Bangkok, Thailand termasuk satu perlawanan menentang skuad B-23 negara berkenaan dari 21 hingga 31 Mac ini, demikian menurut kenyataan tersebut.

Sesi latihan skuad B-23 negara bakal diadakan di Padang PKNS dan Wisma FAM, Kelana Jaya dari 18 hingga 20 Mac, sebelum mereka berlepas ke Bangkok. - BERNAMA

Datuk Ong Kim Swee memantau sesi latihan pusat Fasa Pertama pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto Osman Adnan

INFO

Senarai 26 pelatih negara
R Dinesh, Dominic Tan Jun Jin, M Kogileswaran (Harimau Muda C); Mohamad Amir Saidin, Mohamad Fandi Othman (Johor Darul Ta'zim); Mohammad Fazly Mazlan (Johor Darul Ta'zim II); Lew Han Hung, Muhamad Firdaus Muhamad, Muhammad Hanif Mat Dzahir, Muhammad Syafiq Ahmad, Muhammad Syazwan Tajudin (Kedah); Muhammad Syazwan Yusoff (Kelantan); Muhammad Ferris Danial Mat Nasir (FELDA United FC); Mohamad Yatim Abdullah (Negeri Sembilan); Mohamad Nor Azam Abdul Azih, Mohd Rizua Shafiqi Kamaruzaman (Pahang); Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri, Hamizul Izaidi Zulkifli, Mohamad Hafiz Ramdan, Mohd Norhakim Isa, Muhammad Fikri Sudin, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari (Perak); Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah); Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor); Mohd Arip Amiruddin (Selangor PKNS FC); Mohamad Arif Fadzillah Abu Bakar @Muhammad (T-Team).

Berita Harian X