Khamis, 12 March 2015 | 11:37am

Tiga rentung kereta terbakar di KM164 PLUS


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa sebuah kenderaan yang terbakar di KM 164, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dekat Tangkak menyebabkan tiga rentung.

JOHOR BAHRU: Tiga rentung, manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 164, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Tangkak, di sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Kalidasan Gurbachan Singh, manakala identiti dua lagi mangsa masih belum dikenalpasti.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.13 pagi, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak bergegas ke lokasi kejadian.

Difahamkan, mengikut saksi, kereta mangsa dipercayai berlanggar dengan sebuah treler sebelum terbakar.

Bagaimanapun ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian, treler terbabit tiada di tempat kejadian.

Berita Harian X