Rabu, 4 March 2015 | 3:41pm

TIME dotCOM taja Ironman 70.3 Putrajaya

PUTRAJAYA: Salah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia, TIME dotCOM Bhd menjadi penaja kejuaraan acara tahan lasak Ironman 70.3 Putrajaya, tahun ini.

Ironman 70.3 Putrajaya akan berlangsung pada 5 April ini membabitkan tiga acara iaitu renang sejauh 1.9 kilometer di Tasik Putrajaya, berbasikal sejauh 45km dan larian sejauh 21.1km

"Ini adalah satu perkongsian yang menyeronokkan dalam membina satu sinergi hebat antara Ironman dan TIME yang dikongsi bersama, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ironman Asia Pasifik Geoff Meyer dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tarikan utama penajaan TIME pada kali ini termasuk pengenalan acara khas Cabaran Korporat TIME Kategori Berpasukan untuk menggalakkan syarikat korporat dan organisasi menyertai acara ini yang mana tiga pasukan teratas bakal menerima hadiah piala dan wang tunai.

Sebagai insentif tambahan, 10 pasukan korporat pertama yang mendaftar akan mendapat kembali yuran pendaftaran AS$405 (RM1,486) masing-masing. Pendaftaran Cabaran Korporat TIME ditutup pada 23 Mac ini. - BERNAMA

Berita Harian X