Selasa, 3 March 2015 | 10:05pm
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (dua dari kanan) melawat Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah. - Foto BERNAMA
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (dua dari kanan) melawat Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah. - Foto BERNAMA

Jangan melampau cari untung semasa LIMA - Mukhriz

LANGKAWI: Peniaga di Langkawi diminta tidak menaikkan harga barang jualan mereka semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, peniaga perlu turut mengambil kira kuasa beli penduduk tempatan.

"Orang asing mungkin sanggup membayar kadar (harga barangan yang dikenakan) itu kerana mereka tidak tahu kos di sini, tapi bagi orang tempatan, ia sangat merumitkan. Kalau pun hendak mengaut keuntungan, berpada-padalah. Jangan terlampau sangat," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah.

Beliau diminta mengulas fenomena kenaikan harga barang oleh peniaga setiap kali LIMA diadakan, misalnya menaikkan harga roti canai kepada RM5 daripada sekitar RM1 sekeping.

Mukhriz memberi contoh langkah seorang pengusaha kedai makan di Kubang Pasu yang masih mampu meraih keuntungan biarpun menjual makanan pada harga RM2.

Kuantiti jualan akan meningkat apabila berlaku peningkatan mendadak pelancong semasa LIMA, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X