Ahad, 22 Februari 2015 | 8:37pm
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Malai Rosmah Tuah
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Malai Rosmah Tuah

Kolam renang bersaiz Olimpik akan dibina di Tawau

TAWAU: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mengumumkan sebuah kolam renang bersaiz Olimpik akan dibina di sini bagi memenuhi keperluan peminat sukan itu di daerah Tawau dan Sabah secara amnya.

"Kementerian saya akan membentangkan anggaran kos dan reka bentuk," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Pusat Satelit Institut Sukan Tawau di Kompleks Sukan Tertutup Tawau di sini.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Mengulas mengenai Pusat Satelit, Khairy berkata ia adalah yang ke-16 di Malaysia dan ketiga di Sabah.

Tambahnya, kementeriannya sedang merancang untuk membuka lebih banyak Pusat Satelit di Saban dan Sarawak.

Penubuhan pusat-pusat itu adalah sebagai sokongan kepada atlet tempatan untuk memburu kegemilangan. - Bernama

Berita Harian X