Isnin, 9 Februari 2015 | 5:13pm

Wanita parah disambar api tong gas meletup

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun parah disambar api tong gas memasak yang meletup di Taman Kejora Tebong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 11 pagi, Chik Bah Mohd Amin terbakar di muka, rambut, bahagian kanan badan dan tangan serta kedua-dua kakinya.

Nahas dipercayai berlaku ketika mangsa yang tinggal bersendirian mahu menghidupkan dapur gas untuk memasak makan tengah hari.

Berita Harian X