Jumaat, 23 Januari 2015 | 7:20pm

Saham KL ditutup kukuh, IK naik 21.33 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh hari ini berikutan belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan sentimen positif pasaran serantau, kata para peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 21.33 mata untuk ditutup pada 1,803.08, selepas berlegar antara 1,788.78 dan 1,809.33 sepanjang hari dagangan.

Seorang peniaga berkata, pasaran ekuiti tempatan itu memberi reaksi balas terhadap pengumuman bajet yang disemak semula baru-baru ini yang sebaliknya merangsang aliran peningkatan.

Di bursa serantau lainnya, Indeks Nikkei 225 Jepun naik 182.73 mata kepada 17,511.75, Indeks Komposit Seoul, Korea meningkat 15.27 mata kepada 1,936.09, dan Hang Seng, Hong Kong turut menokok 170.05 mata kepada 24,522.63.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 127.31 mata kepada 12,412.1, Indeks FBMT100 menambah 129.71 mata kepada 12,110.23 manakala FBM 70 meningkat 91.76 mata kepada 13,461.15.

FBM ACE menokok 41.2 mata kepada 6,360.6 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 161.79 mata kepada 13,002.05. Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meraih 27.69 mata kepada 3,289.84, Indeks Perladangan meningkat 10.77 mata kepada 7,932.09 dan Indeks Kewangan menokok 106.92 mata kepada 15,676.29.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 534 berbanding 365 manakala 310 kaunter tidak berubah manakala tujuh lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.61 bilion unit bernilai RM3.13 bilion daripada 2.58 bilion unit bernilai RM2.87 bilion pada Khamis.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank untung 13 sen kepada RM9, TNB naik 58 sen kepada RM15.10, Public Bank menokok 30 sen kepada RM18.14, Axiata meningkat enam sen kepada RM7.21 manakala Sime Darby menambah empat sen kepada RM9.56.

Dalam kalangan saham aktif, KNM Group menokok empat sen kepada 62.5 sen, Systech meningkat 4.5 sen kepada 36.5 sen, Sanichi dan The Media Shoppe masing-masing susut setengah sen kepada 9.5 sen dan 5.5 sen manakala Hubline tidak berubah kepada empat sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.77 bilion unit bernilai RM2.94 bilion daripada 1.86 bilion unit bernilai RM2.69 bilion, semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 692.73 juta saham bernilai RM155.91 juta daripada 534.15 juta saham bernilai RM127.28 juta, sebelum ini. Waran merosot kepada 150.19 juta unit bernilai RM32.04 juta daripada 176.68 juta unit bernilai RM46.26 juta, pada Khamis.

Barangan pengguna menyumbang 171.53 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (304.22 juta), pembinaan (79.51 juta), perdagangan dan perkhidmatan (810.13 juta), teknologi (120.59 juta), infrastruktur (20.38 juta), SPAC (28.67 juta), kewangan (94.53 juta), hotel (2.14 juta), hartanah (93.16 juta), perladangan (20.79 juta), perlombongan (94,800), REIT (22.09 juta) dan dana tertutup (41,100).- BERNAMA

Berita Harian X