Rabu, 21 Januari 2015 | 1:02pm
DATUK Seri Rohani Abdul Karim mendukung Puteri Radiatul Adawiyah Mazlan yang berusia enam bulan ketika beramah mesra dengan mangsa banjir Pusat Pemindahan Bencana di Batu Kitang Jaya di sini, malam tadi. - Foto BERNAMA

KPWKM akan perkenalkan pengurusan krisis di pusat pemindahan banjir - Rohani

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan pengurusan krisis di pusat-pusat pemindahan banjir.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, pengurusan ini bagi membolehkan pengurusan bantuan bencana dilaksanakan secara berkesan.

Jelasnya, Sarawak memiliki sistem pengurusan bencana yang terbaik dengan maklumat disalurkan di peringkat negeri ke pusat.

Berita Harian X