Isnin, 10 Julai 2017 | 6:51am
KATHERINE Kirk menjulang trofi Jelajah LPGA kali ketiga, di kejuaraan Thornberry Creek Classic, Wisconsin, pagi tadi. - Foto AFP

Golf: Kirk julang trofi Thornberry Creek

KATHERINE Kirk dari Australia menjulang trofi Jelajah LPGA kali ketiga, di kejuaraan Thornberry Creek Classic, Wisconsin, pagi tadi. - Foto AFP

WASHINGTON: Birdie pada lubang terakhir dilakukan Katherine Kirk berjaya menyingkirkan saingan Ashleigh Buhai dengan kelebihan satu pukulan untuk menjulang trofi Jelajah LPGA kali ketiga, di kejuaraan Thornberry Creek Classic, Wisconsin, pagi tadi.

Pemain Australia ini melangkah ke pusingan akhir dengan kelebihan empat pukulan mengatasi Buhai dari Afrika Selatan apabila merekodkan baharu Jelajah LPGA dengan 72 pukulan.

Kirk melakukan enam birdie pada pusingan akhir ke-70 dan walaupun tidak berjaya menyamai rekodnya (bawah 27 par), namun catatan keseluruhan 22 bawah par 266 sudah cukup untuk mengatasi Buhai di saingan ini.

Buhai menutup saingan dengan lima birdie dan berjaya mengelak daripada sebarang bogey untuk merekodkan 67 bawah par di lubang ke-18 untuk kekal di tangga kedua dengan catatan keseluruhan 267 pukulan.

Pemain Korea Selatan, Kim Sei-Young berada di tangga ketiga apabila melakukan 63 pukulan dengan keseluruhan 268, satu pukulan di depan pemain Thailand, Pornanong Phatlum yang meraih 10 bawah par 62, termasuk lapan birdie dan eagle.

Kirk, 35, ,meraih gelaran LPGA yang pertama sejak Navistar LPGA Classic pada 2010 diikuti kejayaan di Terbuka Wanita Kanada 2008. - AFP

Keputusan:

266 - Katherine Kirk (AUS) 68-63-65-70

267 - Ashleigh Buhai (RSA) 69-66-65-67

268 - Kim Sei-Young (KOR) 65-73-67-63

269 - Pornanong Phatlum (THA) 67-70-70-62

270 - Cristie Kerr 70-67-67-66

271 - Tiffany Joh 69-69-66-67, Ayako Uehara (JPN) 72-66-65-68

272 - Georgia Hall (ENG) 69-68-69-66, Mariah Stackhouse 69-68-68-67, Megan Khang 68-69-67-68

273 - Sherman Santiwiwatthanaphong (THA) 71-69-66-67, Tseng Ya-ni (TPE) 69-68-69-67, Moriya Jutanugarn (THA) 67-68-71-67, Suzann Pettersen (NOR) 68-70-66-69

274 - Candie Kung (TPE) 68-73-67-66, Ji Eun-Hee (KOR) 68-68-72-66, Katherine Perry 68-70-68-68, Angel Yin 69-68-67-70, Jodi Ewart Shadoff (ENG) 71-66-66-71

Berita Harian X