Ahad, 25 Jun 2017 | 8:35pm

Lima maut gondola terhempas

SRINAGAR: Lima penumpang sebuah gondola, termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila ditimpa sebatang pokok besar sebelum terhempas ke tanah.

Seorang pegawai polis tempatan berkata, kejadian itu berlaku di sebuah tempat peranginan di Gulmard, yang sering menjadi tumpuan untuk aktiviti ski.

Ia adalah antara gondola paling tinggi di dunia, beroperasi sehingga paras 4,100 meter untuk penumpang yang ingin menikmati pemandangan indah pergunungan salji di Himalaya.

"Satu kabin itu terhempas ke tanah selepas ditimpa sebatang pokok besar. Antara yang maut ialah sepasang suami isteri, dua anak mereka dan seorang jurupandu tempatan.

"Kami sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut dan semua pelancong lain berada dalam keadaan selamat," katanya yang enggan dikenali.

Gulmarg ialah satu-satunya lokasi perangingan ski di Kashmir dan sering menjadi tumpuan pelancong walaupun bukan pada musim cuti. - AFP

Berita Harian X