Rabu, 21 Jun 2017 | 12:00pm
Keadaan dapur yang bersepah akibat letupan tong gas di sebuah rumah kedai di Taman Seremban Jaya. - Foto Ihsan Bomba

Melecur akibat letupan tong gas

KEPALA tong gas yang meletup di sebuah rumah kedai di Taman Seremban Jaya. - Foto Ihsan Bomba

SEREMBAN: Seorang wanita berusia 20 tahun melecur apabila tong gas di dapur sebuah rumah kedai di Taman Seremban Jaya di sini meletup, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu berlaku ketika anak pemilik kedai menjual barangan sukan itu memanaskan makanan di dapur yang terletak di belakang tingkat bawah rumah kedai dua tingkat berkenaan.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Fazli Jamaludin, berkata mangsa hanya melecur kira-kira lima peratus di tangan dan kaki.

Katanya, sebuah jentera bomba dan sebuah van Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Rawatan Kecemasan (EMRS) bersama seorang pegawai dan empat anggota tiba di tempat kejadian pada jam 10.12 pagi.

"Bagaimanapun, mangsa dihantar oleh ahli keluarganya ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan," katanya di sini, hari ini.

Fazli berkata, letupan tidak menyebabkan kebakaran tetapi merosakkan beberapa peralatan di rumah kedai itu, termasuk rak kaca yang menempatkan pelbagai barangan sukan.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kebocoran pada tiub dan kepala tong gas yang digunakan, selain keadaan dapur yang tertutup kerana tidak mempunyai tingkap.

Berita Harian X