Ahad, 18 Jun 2017 | 12:20pm

300 asnaf Parlimen Kuantan terima zakat MUIP


ZAITON membantu pesakit barah usus, Zaiton Syaman iaitu seorang daripada asnaf menerima zakat daripada MUIP di Kuantan, hari ini. - Foto Khairulmizan Yahaya

KUANTAN: Seramai 300 asnaf dalam Parlimen Kuantan menerima zakat daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sempena sambutan Aidilfitri, di sini, hari ini.

Penerima itu dikenal pasti oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kuantan.

Pengerusi MPWK Kuantan, Datuk Zaiton Mat, berkata pihaknya berterima kasih kepada MUIP kerana meneruskan kerjasama bagi melaksanakan program tradisi dianjurkan sejak tiga tahun lalu.

"Menerusi program ini, MPWK Parlimen Kuantan akan turun padang bagi mengenal pasti golongan asnaf yang sepatutnya mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka terutama dalam melakukan persiapan Aidilfitri.

"Kita tidak pilih bulu dalam memilih penerima, tidak kira dari parti politik mana sekali pun...mana-mana layak menerima bantuan akan diberikan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Dewan Sungai Isap Jaya, di sini, hari ini.

Zakat disampaikan Penolong Pegawai Zakat Fakir Miskin MUIP, Mohd Hasrul Hakim Mat Daud.

Berita Harian X