Jumaat, 9 Jun 2017 | 10:27pm

UMW-OG: PNB mohon pengecualian SC

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB), pemegang saham majoriti UMW Oil and Gas Corporation Bhd (UMW-OG), memohon pengecualian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia daripada obligasi melaksanakan tawaran mandatori.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UMW O&G berkata pengumuman dibuat susulan cadangan terbitan sehingga kepada 4.84 bilion saham keutamaan boleh ubah boleh tebus Islam baharu (RCPS-i) dalam UMW-OG pada harga terbitan 30 sen sesaham, bersama sehingga kepada 1.21 bilion waran percuma pada asas satu waran bagi setiap empat RCPS-i yang akan dilanggan oleh PNB.

Antaranya, PNB memohon pengecualian untuk langganan bagi apa-apa saham hak (termasuk saham hak berlebihan), yang boleh membawa kepada peningkatan dalam pegangan saham kepada melebihi 33 peratus daripada modal saham terbitan UMW-OG. - BERNAMA

Berita Harian X