X
Rabu, 7 Jun 2017 | 7:10am

Mauritania putus hubungan dengan Qatar

ARAB Saudi dan tiga sekutu bersetuju dengan permintaan Kuwait supaya melanjutkan tempoh 13 tuntutan yang perlu dipenuhi Doha kepada 48 jam. - Foto Reuters
ARAB Saudi dan tiga sekutu bersetuju dengan permintaan Kuwait supaya melanjutkan tempoh 13 tuntutan yang perlu dipenuhi Doha kepada 48 jam. - Foto Reuters

NOUAKCHOTT: Mauritania, sebuah negara di Afrika Barat dan ahli Liga Arab memutuskan hubungan dengan Qatar semalam, mendakwa negara itu 'menyokong pengganas', lapor agensi berita kerajaan.

Beberapa kuasa besar di Arab termasuk Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, kelmarin dengan menuduhnya menyokong pengganas dan Iran.

"Qatar mempunyai dasar menyokong pertubuhan pengganas dan penyebaran idea pelampau.

"Ia menyebabkan banyak kematian di negara Arab, Eropah dan seluruh dunia, " kata satu kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negara yang diterbitkan Agensi Maklumat Mauritania dalam bahasa Arab.

Reuters

Berita Harian X