Isnin, 5 Jun 2017 | 12:55pm

Kami tidak gentar dengan Daesh - Jim Mattis

SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis. - FOto AFP

SYDNEY: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis, menegaskan negara itu dan sekutunya akan meneruskan perjuangan menentang militan Daesh dan tidak takut dengan serangan mereka di Barat.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May, pula berkata usaha untuk membendung pelampau semakin sukar selepas serangan yang membunuh tujuh orang apabila sebuah van merempuh pejalan kaki di London Bridge dan menikam orang awam di kelab malam berdekatan.

Susulan serangan itu, agensi media rasmi Daesh, Amaq dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Antara yang maut adalah seorang warga Perancis dan Kanada. Sekurang-kurangnya 48 yang cedera termasuk seorang warga Australia.

"Kami bersatu, seperti yang saya katakan dalam ikrar kami, walaupun terhadap musuh yang memikirkan dengan mencederakan kami boleh menakutkan kami.

"Ia tidak menakutkan kami," kata Mattis. - Reuters

Berita Harian X