Jumaat, 2 Jun 2017 | 1:18am

TERKINI: 2 maut, letupan kereta di Qatif


API dan asap menjulang naik dari kereta yang diletupkan di Qatif, timur Arab Saudi. - Foto ihsan twitter.com/iaGuH0Dqmp

DUBAI: Sekurang-kurangnya dua terbunuh apabila sebuah kereta meletup di Qatif, bandar di timur Arab Saudi hari ini, lapor stesen televisyen Arab Saudi, Al-Arabiya.

Difahamkan laporan awal menunjukkan mangsa adalah seorang 'pelarian', istilah untuk individu yang diburu perkhidmatan keselamatan negara itu.

Terdahulu saluran itu melaporkan letupan itu berpunca daripada bom kereta. Laman webnya turut menyiarkan imej kepulan asap hitam tebal di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa Arab Saudi gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Terdahulu gambar mayat rentung sedang ditarik keluar daripada bangkai kereta tersebar melalui media sosial, namun keaslian gambar berkenaan belum disahkan.

Qatif, yang diduduki majoriti penduduk Islam Syiah, sering menjadi medan pergeseran diskriminasi antara kerajaan Islam Sunnah dan Syiah.

Reuters

Berita Harian X