Khamis, 1 Jun 2017 | 11:53pm
KEBAKARAN berkemungkinan disebabkan oleh bom kereta berlaku di kawasan Qatif, Riyadh. - Foto ihsan Twitter Qatif bomb dihttps://twitter.com/search?q>Qatif+bomb&ref_src>twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Esearch

Letupan kuat gegar timur Arab Saudi

KEBAKARAN berkemungkinan disebabkan oleh bom kereta berlaku di kawasan Qatif, Riyadh. - Foto ihsan Twitter Qatif bomb dihttps://twitter.com/search?q>Qatif+bomb&ref_src>twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Esearch

RIYADH: Satu letupan kuat dilaporkan di kawasan Qatif dikuasai penduduk Syiah, hari ini.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kawasan kejadian kini dipenuhi pelbagai kenderaan kecemasan.

"Letupan itu kuat dan polis juga sudah menutup kawasan kejadian daripada dimasuki orang ramai, " katanya dari Qatif di Teluk Parsi.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian.

Saluran televisyen Al-Arabiya dipetik sebagai berkata, letupan itu berpunca dari bom kereta.

Kawasan sekitar Qatif menjadi sasaran tembakan dan letupan oleh militan Sunni sejak 2014 yang menganggap minoriti Syiah sebagai sesat dan menyimpang dari ajaran Islam.

AFP

Berita Harian X