Rabu, 31 Mei 2017 | 9:25am

Saham KL dibuka lebih tinggi

BURSA Malaysia gagal mengekalkan kenaikan sesi dagangan pagi untuk ditutup lebih rendah hari ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras pasaran tempatan, Indeks FBM KLCI dibuka lebih tinggi sedikit pagi ini.

Pada jam 9.02 pagi, indeks penanda aras itu berada pada 1,766.930, menokok 1.59 mata berbanding penutup semalam.

Indeks FBMEmas juga meningkat 5.72 mata kepada 12,576.620 dan Indeks FBMT100 turut naik 9.93 mata kepada 12,223.010.

Suasana pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 142 berbanding 112, sementara 1,560 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan harian berada pada paras 75.65 juta saham bernilai RM29.4 juta didagangkan.

Berita Harian X