Selasa, 23 Mei 2017 | 11:01am

Carrier terpilih bekal kontrak untuk PNB118

KUALA LUMPUR: Carrier (Malaysia) Sdn Bhd (Carrier Malaysia) terpilih untuk membekalkan enam unit penyejuk emparan AquaEdge 19XRE dan 430 unit kendalian udara untuk Merdeka PNB118.

Pengarah Urusannya, Victor Yu, berkata pihaknya memuji Merdeka PNB118 atas kepemimpinannya dalam menggunakan teknologi pintar tenaga bagi membangunkan mercu tanda mesra alam di negara ini.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk muatan penyejukan tinggi dan produk yang melestarikan alam sekitar, pihaknya akan membekalkan dua peringkat penyejuk emparan AquaEdge 19XR menggunakan kompresor berteknologi tinggi.

"Penyejuk yang akan dibekalkan kepada Merdeka PNB118 itu mampu mencapai prestasi koefisien sehingga 6.5 di bawah kedudukan operasi Institut Penyaman Udara, Pemanasan dan Penyejukan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Carrier adalah peneraju dunia dalam penyelesaian pemanasan, penyejukan dan penyaman udara berteknologi tinggi dan syarikat itu adalah sebahagian daripada UTC Climate, Controls & Security, satu unit dalam United Technologies Corp.

Katanya, Carrier Malaysia turut berbangga kerana dapat memanfaatkan rekod kerja kami ke atas projek besar dan menyediakan portfolio produk yang mencipta penyelesaian inovatif dengan impak yang lebih kurang ke atas persekitaran.

Menara PNB118 yang berketinggian 630 meter akan menjadi bangunan paling tinggi di Kuala Lumpur mengatasi Menara Berkembar PETRONAS.

Ia akan menempatkan syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Bhd di 60 aras dengan 23 aras pejabat akan disewakan serta 17 tingkat hotel mewah.

Berita Harian X