Ahad, 21 Mei 2017 | 9:46pm

Dua kali daki Everest dalam seminggu

ANSHU Jamsenpa
ANSHU Jamsenpa

KATHMANDU: Seorang pendaki wanita India mencatat rekod mendaki puncak Gunung Everest dua kali dalam tempoh kurang seminggu, kata pasukan ekspedisinya.

Anshu Jamsenpa, 37, kembali dari puncak setinggi 8,848 meter 16 Mei lalu, sebelum berpatah balik selepas berehat seketika untuk mengulangi pendakian.

"Anshu tiba di puncak Everest jam 8 pagi hari ini buat kali kedua musim ini, mencatat rekod baharu," kata Dawa Lama dari Dream Himalaya Adventures.

Jamsenpa, ibu dua anak, diberi restu pemimpin agama Tibet, Dalai Lama sebelum berlepas untuk ekspedisi itu.

Rekod terkini diiktiraf Guinness World Records dipegang pendaki Nepal, Chhurim Sherpa, yang menjadi wanita pertama sampai ke puncak Everest dua kali dalam semusim pendakian pada 2012.

Jamsenpa sudah mendaki Gunung Everest sebanyak lima kali. - AFP

Berita Harian X