Jumaat, 19 Mei 2017 | 1:52pm

5 maut korban banjir Haiti

PORT-AU-PRINCE, Haiti: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 19 hilang selepas hujan lebat dan banjir melanda Haiti, lapor pegawai kerajaan.

Seramai 19 nelayan dilaporkan hilang dari dua bandar Grande-Anse wilayah selatan Haiti. Di wilayah sama, 322 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara manakala 20 yang lain mendapatkan perlindungan di Jabatan Nord-Ouest.

Haiti kerap berdepan musim hujan lebat tahun ini dan baru pulih selepas dilanda Taufan Matthew tahap empat yang memusnahkan sebahagian besar barat daya negara itu, Oktober tahun lalu.

Negara miskin itu antara kawasan yang kerap dilanda taufan dan terdedah kepada bencana alam disebabkan kelemahan infrastruktur dan kekurangan bantuan kerajaan. - Reuters

Berita Harian X