Rabu, 17 Mei 2017 | 11:05am

Wanita selamat, kereta terbakar

BOMBA memadamkan kebakaran enjin kereta di Kilometer 276 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto ihsan bomba

NILAI: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila enjin kereta dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 276 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, di sini.

Wanita terbabit sempat memberhentikan keretanya di bahu jalan berdekatan Kawasan Rawat dan Rehat Seremban sebaik menyedari kejadian itu kira-kira jam 7.35 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir, berkata enjin kereta itu terbakar sepenuhnya manakala wanita terbabit yang berusia 34 tahun yang dalam perjalanan dari Bangi ke Rembau, selamat.

"Bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran itu," katanya di sini, hari ini.

Mohd Fauzi berkata, pemandu kereta terbabit menyedari enjin keretanya berasap dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum api marak.

Berita Harian X