Selasa, 9 Mei 2017 | 11:30pm

Renjer, polis buru 5 singa terlepas dari taman negara

JOHANNESBURG: Renjer hidupan liar yang bersenjata di Afrika Selatan dengan kerjasama pasukan polis memburu lima ekor singa sekitar bandar kecil berhampiran sempadan Mozambique hari ini.

Mamalia itu terlepas dari taman negara utama negara berkenaan.

Ia terlepas dari Taman Negara Kruger pagi semalam, berhampiran Komatipoort, wilayah yang dihuni kira-kira 5,000 penduduk.

"Kami percaya ada lima ekor singa, dan ia berada dalam ladang tebu berhampiran sempadan Mozambique," kata jurucakap taman negara itu, Reynold Thakuli.

Pegawai akan cuba menangkap semula menggunakan senjata pelali.

Kawasan sekitar Kruger, antara tarikan utama pelancong Afrika Selatan, mengandungi kampung dan ladang selain lembu, menjadikan ternakan serta penduduk berisiko diserang.

Pada 2015, singa bernama Sylvester merangkak di bawah pagar ke sebuah taman lain dan membunuh biri-biri selama tiga minggu sebelum ditemui sedang tidur oleh pegawai renjer. - REUTERS

Berita Harian X