Selasa, 9 Mei 2017 | 8:07am
PANDANGAN atas kawasan yang terjejas banjir. - Foto Reuters
PANDANGAN atas kawasan yang terjejas banjir. - Foto Reuters
SUKARELAWAN membantu mangsa banjir.
TENTERA Kanada ditugaskan untuk membantu penduduk terjejas banjir. - Foto Reuters

1,500 tentera bantu mangsa banjir Kanada


TENTERA Kanada ditugaskan untuk membantu penduduk terjejas banjir. - Foto Reuters

MONTREAL: Lebih 1,500 tentera Kanada ditugaskan untuk membantu penduduk yang terjejas akibat banjir sehingga menyebabkan kerosakan meluas dan perpindahan secara besar-besaran di Quebec.

Pada masa sama, usaha mencari sedang dijalankan untuk mengesan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam kenderaan yang dihanyutkan ketika paras air sungai meningkat.

Polis wilayah Quebec, Sarjan Claude Doiron berkata, arus deras menarik kenderaan dinaiki mangsa ke arah Sungai Sainte-Anne di timur kawasan berkenaan dan mangsa di dalamnya jatuh ke dalam sungai, selepas kereta itu terbalik.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, David Heuirtel berkata, pihak berkuasa tidak pernah menyaksikan paras air setinggi itu sejak 55 tahun lalu.

Lebih membimbangkan, pihak berkuasa wilayah menjangkakan paras air dijangka memuncak di seluruh Quebec menjelang tengah minggu ini dan kemudian akan mula surut. - AP

Berita Harian X