Isnin, 8 Mei 2017 | 1:17am
JURULATIH Arsenal, Arsene Wenger (kanan) berjabat tangan dengan Jose Mourinho selepas tamat perlawanan di Emirates. - Foto AFP
PEMAIN Arsenal, Danny Welbeck (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan, Alexis Sanchez. - Foto EPA
REAKSI pemain Arsenal, Granit Xhaka selepas menjaringkan gol. - Foto Reuters
PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera terjatuh ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Emirates. - Foto AFP
PEMAIN Arsenal, Kieran Gibbs (kanan) bersaing dengan pemain Manchester United, Juan Mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Emirates, London. - Foto Reuters

Wenger ragut ego Mourinho


PEMAIN Manchester United, Wayne Rooney (kanan) cuba mengasak pemain Arsenal, Aaron Ramsey dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Emirates, London. - Foto AP

LONDON: Arsene Wenger mengatasi Jose Mourinho dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada cubaan ke-13 ketika Arsenal menewaskan Manchester United 2-0 sebentar tadi untuk menghidupkan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara.

Jaringan pantas babak kedua oleh Granit Xhaka pada minit ke-5 dan bekas pemain United, Danny Welbeck (minit ke-57) di Stadium Emirates memberikan kekalahan pertama buat pasukan pelawat dalam 26 perlawanan liga sejak tewas 4-0 di tangan Chelsea pada 23 Oktober.

Arsenal kekal di tangga keenam liga, enam mata di belakang Manchester City, yang menghuni tangga keempat dan terakhir ke Liga Juara-Juara.

Namun mereka kini hanya dua mata di belakang pasukan tangga kelima United dan masih ada satu perlawanan berbanding kedua-dua pasukan Manchester itu.

Wenger mengatasi pasukan Mourinho, Chelsea ketika merebut trofi Perisai Komuniti 2015 tetapi ini adalah kali pertama dia mengatasi seteru lamanya itu dengan mempertaruhkan mata liga.

Ketika ramalan tidak memihak kepada Arsenal, mereka akan berdepan empat perlawanan terakhir dengan harapan mereka mampu mara ke Liga Juara-Juara buat kali ke-20 berturut-turut.

Bagi United, Liga Europa tampak lebih realistik untuk mendapatkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan. - AFP

Berita Harian X