Ahad, 7 Mei 2017 | 11:14am

PM luang masa lawat Kampung Sim-Sim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman beramah mesra dengan penduduk di Kampung Sim-Sim, Sandakan.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman beramah mesra dengan penduduk di Kampung Sim-Sim, Sandakan.

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak pagi tadi meluangkan masa berjumpa penduduk perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim di sini, termasuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan bantuan.

Dalam lawatan selama kira-kira 45 minit itu, Perdana Menteri ditemani Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri menziarah penghidap sakit tua, Banrun Mohamad, 82, seterusnya menyampaikan sumbangan berupa katil, kerusi roda, hamper dan wang tunai sumbangan peribadi beliau.

Najib turut menziarahi penghidap penyakit kencing manis, Jumah Abdul Amid Bangsa, 57, yang turut menerima bantuan kerusi roda, hamper dan wang tunai.

Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri ke kampung itu disambut penduduk dari pelbagai peringkat umur sambil membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Penduduk kampung di pinggir bandar Sandakan itu teruja dengan kehadiran Perdana Menteri kerana ia kali pertama penempatan itu dikunjungi pemimpin tertinggi negara.

Berita Harian X