Ahad, 30 April 2017 | 11:40pm
PESERTA, Usop membuat persembahan pada Konsert Mentor Millenia Separuh Akhir 2017 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - Foto Aziah Azmee

Empat protege bakal berentap di final

PESERTA, Syeera membuat persembahan pada Konsert Mentor Millenia Separuh Akhir 2017 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - Foto Aziah Azmee

SHAH ALAM: Empat peserta iaitu Usop yang juga protege Hazama, Syeera (Black) , Along (Tomok) dan Elica (Akim) meneruskan kemaraan untuk beraksi pada pentas akhir Mentor Milenia 2017 yang akan berlangsung Ahad depan.

Keputusan itu menyaksikan protege kepada Hazama, Balqis, menamatkan saingannya pada peringkat separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Peringkat separuh akhir menyaksikan setiap protege mempersembahkan dua lagu iaitu secara solo dan juga duet bersama mentor masing-masing.

Dihoskan oleh Issey dan Marsha, minggu ini turut menampilkan juri jemputan, Misha Omar manakala juri tetap pula adalah Datuk Hattan yang mewakili 50 peratus undian.

Undian penonton di laman web rasmi Mentor Milenia pula adalah 30 peratus dan 20 peratus lagi adalah daripada juri awam.

Berita Harian X