Sabtu, 29 April 2017 | 9:36pm

GP Russia: Ferrari kuasai sesi kelayakan

SEBASTIAN Vettel pemandu Ferrari dari Jerman meraih petak utama bagi perlumbaan Formula Satu Grand Prix Russia.- Foto Reuters
SEBASTIAN Vettel pemandu Ferrari dari Jerman meraih petak utama bagi perlumbaan Formula Satu Grand Prix Russia.- Foto Reuters

SOCHI (RUSSIA): Pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel, meraih petak utama diikuti rakan sepasukan Ferrari, Kim Raikkonen bagi perlumbaan Formula Satu Grand Prix Russia.

Juara dunia empat kali itu mendahului sesi kelayakan di samping Raikkonen dan seorang lagi pemandu Finland, Valtteri Bottas dari Mercedes, yang menduduki petak ketiga.

Rakan sepasukan Bottas, Lewis Hamilton dari Britain muncul keempat terpantas pada sesi kelayakan terakhir, sebentar tadi.

Keputusan 10 terpantas sesi kelayakan GP Russia

1. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:33.194

2. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:33.253

3. Valtteri Bottas (Finland) Mercedes 1:33.289

4. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:33.767

5. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:34.905

6. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:35.110

7. Max Verstappen (Belanda) Red Bull - TAG Heuer 1:35.161

8. Nico Huelkenberg (Jerman) Renault 1:35.285

9. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:35.337

10. Esteban Ocon (Perancis) Force India - Mercedes 1:35.430

Berita Harian X