Jumaat, 28 April 2017 | 8:11pm
KEJADIAN bumbung zink tercabut di sebuah pusat pengajian swasta di Taman Connought.

Pokok tumbang, bumbung terbang

BOT nelayan yang didakwa ditembak penguatkuasa Indonesia tiba kira-kira jam 2.15 petang tadi di Jeti Nelayan Sekinchan.- Foto Mohd Shukor Amin

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurang enam kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kuat di sekitar ibu negara, petang tadi.

Hujan lebat bermula sekitar jam 2.30 petang berserta angin kuat turut menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat selain menyebabkan bumbung beberapa premis diterbangkan angin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pihaknya mula menerima laporan kejadian pokok tumbang sekitar jam 2.57 petang dengan kejadian pertama dilaporkan berlaku di Apartmen Taman Bukit Cheras, Taman Bukit Cheras, di sini.

"Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Mercedes Benz sebelum melakukan kerja-kerja memotong pokok berkenaan.

"Laporan kejadian kedua diterima pada jam 3.16 petang dengan sebatang pokok dilaporkan menghempap sebuah kereta Volkswagen Passat di Lorong Badang 6, Taman Seri Petaling di sini," katanya dalam satu kenyataan.

KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor

Khirudin berkata, kejadian pokok tumbang menimpa kereta turut dilaporkan berlaku di Apartmen Segar Court, Jalan Manis 1 di sini pada jam 4.39 petang.

"Dalam kejadian itu, dua buah kereta Perodua Myvi dilaporkan mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok tumbang.

"Sebelum itu, satu kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling, Jalan 3/125 Taman Desa Petaling.

"Sebuah kereta jenis Proton Iswara yang diletakkan di tepi jalan rosak dihempap pokok berkenaan, manakala sebuah Nissan Serena yang berada dalam kawasan sekolah turut rosak dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, angin kuat serta hujan lebat menyebabkan sebahagian bumbung tiga buah rumah di Blok 2 Flat Seri Pinang, Jalan Ikan Emas dan di sini diterbangkan angin.

"Angin kencang turut menyebabkan sebahagian bumbung zink di sebuah pusat pengajian swasta di Jalan Menara Gading, Taman Connought diterbangkan angin.

"Kejadian bumbung rumah diterbangkan angin turut dilaporkan berlaku di Blok 16 Perumahan Awam Seri Pulau Pinang membabitkan lima unit rumah di Tingkat 3 blok berkenaan.

"Pihak bomba serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertungkus lumus melakukan kerja memotong serta pembersihan pokok-pokok yang tumbang serta bumbung yang diterbangkan angin. Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Sementara itu di Selangor, banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Taman Garing Utama, Rawang dan di Jalan 62, Taman Selayang Sejati, Gombak.

Berita Harian X