Rabu, 12 April 2017 | 7:14am

1 maut, 4 cedera kilang peluru meletup

SEORANG pekerja maut manakala empat lagi cedera dalam letupan di kilang peluru berhampiran Kansas City, Missouri.
SEORANG pekerja maut manakala empat lagi cedera dalam letupan di kilang peluru berhampiran Kansas City, Missouri.

KANSAS CITY: Seorang pekerja maut manakala empat lagi cedera dalam letupan di kilang peluru berhampiran Kansas City, Missouri, kata Tentera Amerika Syarikat.

Letupan berlaku di Kilang Peluru Tentera Lake City di Independence, timur Kansas City.

Pegawai tentera berkata, letupan berlaku dalam bangunan yang menempatkan bahan kimia campuran dan sudah dibersihkan bagi membolehkan penyiasat mula meneliti punca kejadian.

Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan akan mengetuai siasatan.

Hampir 1,800 pekerja di kilang itu diarahkan pulang semalam selepas letupan berlaku dan diberitahu akan dihubungi sebelum kembali bekerja hari ini.

Kilang berusia 77 tahun itu, yang ditubuhkan bagi membantu usaha melengkapi tentera AS menghadapi Perang Dunia Kedua, terletak di kawasan seluas hampir 1,618 hektar dan adalah yang pertama daripada 12 kilang senjata kecil-kecilan tentera. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X