Rabu, 5 April 2017 | 5:54pm

Rombongan NSTP lawat MB Negeri Sembilan


DATUK Seri Mohamad Hasan melihat cenderahati ketika kunjungan oleh Pengurusan tertinggi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Wisma Negeri. Turut hadir bersama Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid (dua dari kiri), Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad, Mohamad Ariff Ibrahim (kiri), Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (kanan) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar (dua dari kanan). - Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Pengurusan tertinggi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Kumpulan itu disertai Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad, Mohamad Ariff Ibrahim; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai selama hampir sejam itu, bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara syarikat berkenaan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Pertemuan itu turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pendapat mengenai isu serta perkembangan semasa, termasuk pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan.

Berita Harian X