X
Ahad, 2 April 2017 | 10:28pm

Rodgers pacu Celtic juarai Liga Perdana Scotland

PASUKAN Celtic. - Foto Reuters
PASUKAN Celtic. - Foto Reuters

EDINBURGH: Celtic dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Scotland untuk tahun keenam berturut-turut selepas jaringan hatrik Scott Sinclair memberi inspirasi kemenangan 5-0 mengatasi Hearts di sini, hari ini.

Skuad kendalian Brendan Rodgers kini 25 mata mengatasi pasukan tangga kedua, Aberdeen, bagi mencipta rekod sebagai juara paling pantas meraih mahkota dalam liga teratas Scotland tatkala saingan berbaki lapan perlawanan lagi.

Sinclair meledak dua gol pada babak pertama sebelum Stuart Armstrong dan Patrick Roberts menjaringkan gol selepas rehat di Tynecastle.

Jaringan ketiga Sinclair menerusi sepakan penalti, membolehkan pasukan itu meraih kejayaan ke-48 dalam sejarah hebat Celtic.

Celtic kini tidak tewas dalam 30 perlawanan liga musim ini termasuk menang sebanyak 28 kali.

Selepas menang Piala Liga Scotland dan pertembungan separuh akhir Piala Scotland berdepan Rangers selepas ini, Celtic boleh memenangi gelaran trebel pada musim pertama dikendalikan oleh bekas bos Liverpool, Rodgers.

Kemenangan 7-0 Aberdeen mengatasi Dundee Jumaat lalu melambatkan sedikit kemeriahan pesta gelaran itu. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X