Isnin, 27 March 2017 | 9:23pm

Kedah rancang bina muzium Islam

 DATUK Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) melihat serban nabi ketika melawat pameran selepas merasmikan Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman, Artifak Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di pekarangan Muzium negeri Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
DATUK Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) melihat serban nabi ketika melawat pameran selepas merasmikan Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman, Artifak Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di pekarangan Muzium negeri Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Muzium Islam Kedah bagi mempamerkan artifak dan bahan sejarah Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri c, berkata pihaknya perlu mengumpulkan koleksi berkaitan terlebih dahulu selain membuat perjanjian dengan penyumbang yang mahu menyerahkan koleksi mereka.

"Kita akan bincang perkara ini dalam mesyuarat EXCO akan datang. Sekiranya jumlah barang lama dan artifak ini banyak dikumpulkan maka muzium ini akan dibina.

"Bagi merealisasikan hasrat ini, kita juga perlukan kerjasama daripada pihak swasta dan penduduk negeri yang menyimpan barangan lama berkaitan sejarah Islam.

"Sekiranya kita perlu beli barang yang mereka simpan dan harganya setimpal, kita akan beli. Contohnya Muzium Padi, banyak barangan yang dipamerkan kita cari di merata tempat, ada yang kita beli dan ada yang disumbangkan pihak lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman (Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Muzium Negeri di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata, dengan kewujudan Muzium Islam Kedah ia akan menjadi daya tarikan terbaharu malah menyediakan platform terbaik bagi mengenali sejarah Islam dengan lebih dekat.

Berita Harian X