Khamis, 23 March 2017 | 10:06am

`Trump, Obama sama teruk'

DONALD Trump dan Barack Obama. - Foto AP

TOKYO: Korea Utara menyifatkan Donald Trump sama seperti Barack Obama, kritikan yang tidak dijangka oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Media Korea Utara sering mengecam Obama, namun tidak berbuat demikian ke atas Trump, kemungkinan mahu melihat arah dasar bakal dilaksanakan oleh presiden itu.

Namun, lawatan diplomat utama Amerika Syarikat (AS) ke Asia baru-baru ini menyebabkan Korea Utara gagal mengawal diri.

"Setiausaha Negara, Rex Tillerson mengakui kegagalan usaha AS menghapuskan senjata nuklear di Korea Utara selama 30 tahun dan ia mengakhiri dasar 'strategi kesabaran' Obama dalam lawatannya sebelum ini.

"Sekarang Tillerson mengulangi apa yang disebut-sebut oleh Obama, sehinggalah dia meninggalkan Rumah Putih," kata Agensi Berita Pusat Korea Utara, yang memetik jurucakap Kementerian Luar.

Korea Utara melancarkan beberapa senjata balistic ke Laut Jepun, beberapa hari sebelum Tillerson tiba di Tokyo.

Ketika Tillerson di China, Pyongyang mengadakan ujian yang dikatakan enjin revolusi baharu bagi roketnya. - AP

Berita Harian X