Rabu, 22 March 2017 | 7:51pm

Filem Power Rangers lulus tayangan

POWER Rangers. - Foto AP
POWER Rangers. - Foto AP

PUTRAJAYA: Filem Power Rangers didapati tidak mempunyai sebarang isu berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender Queer (LGBTQ) dan diberikan keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 hari ini oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, tidak timbul isu kelewatan keputusan penapisan bagi filem berkenaan dan tindakan syarikat untuk menangguhkan penjualan tiket tidak ada kaitan dengan LPF.

"Filem berkenaan memaparkan jalan cerita lima rakan yang memperoleh kuasa luar biasa dan bergabung tenaga untuk mempertahankan bumi dengan kuasa luar biasa.

"LPF sudah melaksanakan penapisan filem berkenaan dalam tempoh empat hari bekerja dan ia memenuhi tempoh piagam pelanggan yang ditetapkan iaitu lima hari bekerja.

"Keputusan kelulusan ini sudah disampaikan kepada pengedar pada 22 Mac 2017 (hari ini)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, filem Power Rangers dijadual ditayangkan di Malaysia esok, namun dikatakan ditangguh sementara untuk pertimbangan LPF selepas dikatakan mempunyai unsur Lesbian.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X