Rabu, 15 March 2017 | 12:56pm
ANTARA gaun yang direka oleh Qudyn Aziz. - Foto ihsan Qudyn
ANTARA gaun yang direka oleh Qudyn Aziz. - Foto ihsan Qudyn

Qudyn Aziz 'goda' bakal pengantin dengan koleksi Allure

QUDYN Aziz bersama Rozita Che Wan. - Foto ihsan Qudyn
QUDYN Aziz bersama Rozita Che Wan. - Foto ihsan Qudyn

KUALA LUMPUR: Sedekad di pentas fesyen tempatan, Qudyn Aziz kali ini memilih tema Allure bagi koleksi perkahwinannya.

Allure yang membawa maksud memikat hati, menggoda dan menarik minat dilihat bertepatan dengan strateginya mengetengahkan koleksi gaun kahwin yang turut dipersembahkan baru-baru ini ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen The Wedding KL 2017.

Qudyn mengetengahkan koleksi terbaharunya itu dengan warna pastel dan lembut.

"Biasanya, warna lembut sentiasa memikat hati bakal pengantin. Saya pilih jalan selamat dengan warna lembut ini dan tidak keterlaluan.

"Saya juga terapkan empat jenis material berbeza untuk setiap rekaan. Fabrik sifon, renda, lace dan songket antara yang sinonim dengan koleksi hari bahagia saya kekalkan," katanya.

Rekaan koleksi perkahwinannya kali ini juga lebih sederhana sekali gus menyerlahkan gaun itu sendiri tanpa berlebihan.

pqc

ANTARA gaun yang direka oleh Qudyn Aziz. - Foto ihsan Qudyn
ANTARA gaun yang direka oleh Qudyn Aziz. - Foto ihsan Qudyn

"Warna merah jambu lembut, biru lembut, 'nude' dan 'off white' antara pilihan warna yang saya ketengahkan. Saya juga kurangkan sulaman dan jahitan manik," katanya.

Memulakan kerjaya fesyen pada 2002, artis seperti Rozita Che Wan atau Che Ta antara yang sinonim dengan Qudyn.

Tidak ketinggalan Datuk Siti Nurhaliza juga pernah menggayakan rekaannya.

"Saya dan Che Ta mempunyai cita rasa yang sama. Seperti yang kita ketahui, Che Ta memang menggemari rekaan bersulam yang berat dan kepakaran itu ada pada saya.

"Sebab itu kami boleh 'ngam' dalam banyak hal termasuk membabitkan fesyen. Beliau juga senang dibawa berbincang dan dalam soal fesyen, dia tahu apa yang dimahukan.

"Kami juga bukan sekadar kawan profesional, tetapi dia juga sudah rapat seperti adik beradik saya. Che Ta juga jenis orang yang 'sporting'. Loghat Utara kami masing-masing juga buat kami jadi serasi," katanya.

Berita Harian X